Monday, May 17, 2010

wahai rakyat jelata.........

Perutusan DiRaja




wahai student2 kelas 2.11, bersatu padulah kalian semua dibawah pemerintahanku.

1) janganlah kalian melakukan masalah dimasa hadapan, kerana pening kepala lecturer memikirkannya.

2) janganlah kalian ponteng kelas lagi kerana akan menghalang kalian dari menduduki peperiksaan.

3) janganlah kalian cut and paste assignment, kerana boleh merendahkan markah,begitu juga dengan due date asiment.hantarlah tepat pada masanya.

4) jika ketiadaan lecturer di dalam kelas,maka janganlah kalian datang ke kelas.bertebarlah kalian dimuka bumi atau beradulah dibilik.
dan ingatlah aku lebih over dari Muhaimin...heheheheheheheeh

(ucapan perasmian dewan undangan negeri 2.11 penggal ke 47)

Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan bermasyarakat. Maka untuk mempastikan tercapainya hasrat tersebut manusia berusaha dengan sedaya upaya kehidupan bermasyarakat itu terlaksana. Mereka mahu atau tidak mahu terpaksa mengenepikan beberapa kepentingan diri sendiri.
Walau bagaimanapun, disebabkan kelemahan manusia sendiri maka seringkali tercetusnya permusuhan, perkelahian dan peperangan. Permusuhan dan peperangan sering terjadi sekalipun dalam satu bangsa. Permusuhan dan peperangan tercetus apabila kesabaran sudah tidak dapat dipertahankan dan apabila syaitan mula menguasai fikiran seseorang.
Sebenarnya tidak ada kebaikan yang dapat dihasilkan menerusi permusuhan dan peperangan. Peperangan merosakkan harta benda, memusnahkan segala kemudahan yang sedia ada, memutuskan kasih sayang, di samping banyak melahirkan orang-orang yang cacat, yatim piatu dan janda serta balu. Malah bagi sesuatu bangsa, peperangan dan permusuhan akan melemahkan bangsa itu sendiri sekalipun tidak melenyapkannya dari muka bumi ini. Justeru, Islam mengingatkan umatnya supaya sentiasa hidup rukun dan damai serta berpadu erat antara satu sama lain.
oleh itu bersatu padulah di bawah pimpinan ku...